Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme)


skim-persaraan-swasta-dilancar
Majikan digesa mencarum Skim Persaraan Swasta, PRS untuk pekerjanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata selain meningkatkan manfaat pencen untuk pekerja ketika mencapai umur persaraan, ia juga dilihat boleh menarik dan mengekalkan bakat sedia ada.

"I would therefore urge employers to consider using the PRS to offer a more attractive package in the form of higher contributions to their workers' retirement benefits, whilst giving their workers the freedom to decide on the type of scheme they wish to participate in".

Perdana Menteri berucap melancarkan komponen akhir kerangka skim persaraan swasta dengan penubuhan pentadbir pencen swasta dan kelulusan set pertama Skim Persaraan Swasta oleh Suruhanjaya Sekuriti, SC.

Majikan yang mencarum skim berkenaan sehingga 19 peratus daripada gaji pekerja, akan diberi pengecualian cukai, seperti diumumkan dalam Bajet 2012.

Bagi individu yang mencarum pula, pengecualian cukai sehingga 3 ribu ringgit.

Menurut Datuk Seri Najib, menjadi hasrat beliau melihat rakyat Malaysia memiliki tabung dan simpanan aset yang mencukupi bagi menikmati umur persaraan.


 






No comments:

Post a Comment

AddThis