Set Ibu Bersalin Nouvelle Visage
Set bersalin Nouvelle visage merangkumi produk penjagaan kesihatan dalaman untuk ibu-ibu sebaik sahaja melahirkan cahaya mata selama 44 hari.
Ia bukan sahaja membantu memulihkan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin malah mengembalikan kesegaran dan kecerian pada tubuh dan wajah.
Harga: RM450.00
Harga: RM450.00
Code: PWSB - 10
Kandungan Set Bersalin NV
- Jeli Gamat
- Minyak Aromaterapi
- Minyak Telon
- Losyen Halia
- Bengkung
- Tungku Herba
- Lulur
- Pilis
- Susut
- Ubat Periuk
- Pati perapat
Cara Guna Set Bersalin NV
Jeli Gamat Hari Pertama – Hari ke 7
- 1 sudu besar dimakan 2 kali sehari iaitu pagi dan petang
Minyak Aromaterapi Hari Pertama- Hari ke 44
- Titiskan 5-10 titik minyak aromaterapi dan sapu keseluruhan badan atau tempat-tempat diperlukan.
Minyak Telon Hari ke 4- hari ke 44
- Sapu atau gosok dan urut perlahan-lahan 5-10 titis pada badan bayi.
- Sesuai dipakai bila-bila masa terutamanya selepas mandi dan cuaca sejuk.
Losyen Halia Hari ke 4 – Hari ke 44
- Sapu rata ditempat bermasalah dan urut perlahan-lahan.
- Untuk kesan lebih cepat sapu setiap kali sebelum tidur.Boleh digunakan sekerap yang mungkin.
Bengkung Hari ke 4 -Hari ke 44
- Pakai pada waktu pagi dan malam selepas mandi dan berurut.
Tungku Herba Hari ke 4- Hari ke 44
- Masukkan tungku herba ke dalam periuk kukus dan panaskan selama 5-15 minit.
- Setelah kadar panas agak selesa barulah ditungku pada badan.
- Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik,bertungku dibahagian badan untuk tempoh masa yang lama supaya khasiat herba dapat diserap oleh badan.
Lulur Hari ke 4- hari ke 18
- Titiskan beberapa titik pada tapak tangan dan sapu diseluruh badan sebelum mandi dan biarkan kering.
Pilis Hari ke 4 – hari ke 18
- Titiskan beberapa titik pada tapak tangan dan sapu rata pada bahagian dahi.
Susut Hari ke 4 – hari ke 22
- Titiskan beberapa titik pada tapak tangan dan sapu rata pada bahagian perut.
Ubat Periuk Hari ke 20 – Hari ke 29
- Amalkan minum selama 10 hari. 1/2 gelas pada waktu pagi dan selepas makan.
Pati Perapat Hari ke 25- Hari ke 31
- 1 sudu besar dimakan 2 kali sehari iatu pagi dan petang.
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon