Jamu Mak Dara Bengkung Ibu Bersalin
Salah satu amalan tradisional Melayu ketika berpantang selepas melahirkan anak adalah berbengkung. Bengkung Jamu Mak Dara(JMD) ini diperbuat daripada kain belacu yang tahan lasak. Bengkung ini sangat berkesan untuk mengembalikan bentuk tubuh badan dan merampingkan tubuh ibu-ibu dengan penggunaan yang konsisten.
Kebaikan Bengkung JMD
- merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung ibu
- mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada
- mengembalikan bentuk tubuh kepada asal dengan penggunaan yang betul dan konsisten.
Cara Memakai Bengkung JMD
- Bengkung diletakkan pada badan dari paras bawah buah dada ke paras lutut.
- Bengkung dibalut pada badan dengan kemas kemudian masukkan tali bengkung ke dalam lubang yang sedia ada.
- Tarik tali dan pastikan tali dimasukkan dengan ketat agar kedudukan bengkung lebih kemas.
- Lilitkan tali mengikut lubang dan akhir sekali lilit tali bengkung dengan ikatan yang ketat dan kemas.
- Para ibu dinasihatkan untuk menyapu Losyen Ibu Halimah terlebih dahulu sebelum mengenakan bengkung. Ini kerana kehangatan losyen dan ikatan kemas bengkung dapat merapatkan tulang pinggul dan punggung serta mengempiskan bahagian perut.
- Bengkung digunakan setiap pagi sejurus selepas mandi terus ke malam sehingga tidur selama tempoh berpantang.
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon